Monday, November 30, 2009

KaWAn YAng BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan

kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

INSYAALLAH.













.

Wednesday, November 25, 2009

CuTI SEmEsTeR...Trip ke TAsiK KeNYir

holiday nie mmg best la..rugi la kalo sape2 yg x penah pegi holiday...time nie aku pegi lps final exam..mmg btl2 release tension la org ckap...pengalaman nie xkan aku lupakan la...sblom final exam lg kami da plan nk pg bercuti nie...yg pegi sume lapan orang termasuk aku...antara membe aku yg terlibat ialah. tok ime, skin, moi, aceng, zami, dan wok 8...start jew cuti kami terus beli tiket untuk ke terengganu...harga tiket time tu RM 13 kot..aku pown x ingat..hahaha...tp pasal duit tu aku x kisah sgt la..sblom bertolak tu, kami pagi2 ag da siap..sume da berkumpul kat stesen bas kota bharu...mmg excited gler la tyme tuh...xsampai 10 minit naek bas, wok 8 da tdow..hahaha..mmg kaki tdow la brader tu...perjalanan kami mengambil hampir 4 jam...sampai je kat stesen bas kuala terengganu, tok ime dan aceng da menunggu...macm dat0' la plak diorang smbut...transport kami masa tuh ialah van tok ime...hahaha...pemandu pelancong pown tok ime jgk..nasib baik kami pegi 8 orang jew time tuh..kalo x , ada la yg kne tggal coz van muat untuk 8 orang je...dari terminal bas kami terus menuju ke rumah tok ime dan terus ke tasik kenyir...kami jgak da prepare untuk buat bbq malam tuh... 5 ekor sume ayam...mmg best laaa....sampai kat tasik kenyir....kami pown tinjau n bergambar  la dulu...nk buat kenangan la katekan...pastu kami pown pasang khemah yg aceng bawak..mmg lawak la khemah tu..da la kecik, nk roboh plak tu...hahahaha...kalo nk tido mmg kne ikot shif la...tulang blakang khemah ada satu ja...hahaha...pada ptg tu jgk kami terus maen bola...nasib baik la ari tu hujan..xda la panas sgt...disebabkan hujan jgk la kami xleh tdow dalam khemah...s0, kami pown pindah la ke dalam kabin..kabin 2 plak ada air-cond..mmg syok r tdow...pada malam tu plak, aktiviti kami pown bermula la dgn bbq...ayammm bakar yg kami perap mmg sedap laaa...x menyesal bakar..hahaha
lps bbq tu, kami pown pegi la memancing...tp xde rezeki nk dapat ikan...sampai kul 2 pagi kami memancing, sekor ikan pown xdapat...tp puas ati la dapat lepak ramai2...lepas memancing kami terus balik tdow sbb esok nk pegi meredah hutan tasik kenyir...jd orang asli kejap...hahaha
pagi2 lg sume da ciap nk masok hutan....jalan punya jalan, xsampai-sampai...mmg penat la...tp penat tu tiba2 hilang lepas kami sampai kat air terjun...ape lg...mandi lerrr...hahaha...puas berseronok, kami pown balik la untuk makan tgh hari...mmg btl2 lapar la time tuh...sume makan byk...x bercakap powm..hahaha
pada ptg tu kami sume tdow..penat la katakan....malam 2 plak kami sembang pasal "SOAL HATI"..mmg best r dgr crite member aku sorang2...nk menangis pown ada...hahahaha....mmg sume wajib ckap jujur la..xleh tipu..kalo tipu berdosa...hehehe
kami bertolak balik dari tasik kenyir keesokan hari nya...itulah kisah aku masa cuti semester 2009...kalo ada masa lg bleh la kiter pg lg...sekian untuk warkah kali ini..wassalam
nie la gambar2 kami..











Thursday, October 15, 2009

exam oh exam..

pejam celik, pejam celik...exam da dekat...nk kata da prepare tu tipu la..
smakin dekat nk exam nie rase mkin mlas la plak...
tp aku mesti stadi jgk...abis exam nie baru la leh balik umah tuk ct sem...x sabar ase nk ct sem..hahaha
exam pown blum start ag....
uitm bg stadi week untuk stadi...tp aku buat public holiday lak..hahaha
ape2 pown aku nk stadi habis-habisan sem nie...ape nk jd pown jd la....huhu
aku redha dgn ape yg akan berlaku lepas nie..untuk kawan2 ku...GUD LUCK!!!... n all the best..

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN..

Friday, September 25, 2009

MuTiArA cinTa

Ada Apa Dengan Cinta ?

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Friday, September 18, 2009

PernikaHan-Calon SuaMi IsLam....

Calon Suami Islam

lelaki itu?
Seperti apakah lelaki sebagai calon suami yang layak diterima pinangannya? Ada beberapa syarat, yaitu:

A. Syarat-syarat Primer

1. Keimanan dan Akhlak
Keimanan dan akhlak adalah aspek-aspek terpenting yang harus diperhatikan dalam mencari calon suami. Dua aspek inilah yang biasanya dapat menjadikan seorang suami memiliki akidah yang kuat, ketakwaan yang cukup sempurna, kesucian batin, terhindar dari kemaksiatan, dan penyimpangan. Suami yang beriman dan berakhlak baik [InsyaAllah] tidak akan menzalimi istri dan anak-anaknya. Ia takut kepada Allah Swt. untuk melakukan itu.

2. Kemampuan dan Kesanggupan Mencari Nafkah
Secara tegas Islam menuntut suami untuk bertanggung jawab dalam hal urusan finansial. Dengan demikian, seorang laki-laki harus mampu melakukan hal itu dan memiliki pekerjaan untuk memperoleh nafkah yang halal. Untuk mendapatkan suami yang seperti itu, calon istri yang cerdas harus menerima pelamar yang berasal dari keluarga yang baik, terdidik, dan tidak mempunyai rasa gengsi [dalam berusaha / bekerja]. "Sembilan puluh sembilan" persen keadaan finansial keluarga mempengaruhi keharmonisan rumah tangga.

B. Syarat-syarat Sekunder

1. Keilmuan dan Status Sosial
Kita tidak mungkin menafikan aspek keilmuan dan status sosial laki-laki. Aspek keilmuan dan kebudayaan laki-laki tidak mendatangkan kebahagiaan suami-istri secara mutlak. Hal yang terpenting adalah keuletan dan kecerdikan mengolah kehidupan suami-istri. Sebab, berumah tangga adalah seni kehidupan.

2. Kekayaan
Aspek ekonomi adalah penting dalam memilih suami. Namun, Islam menganjurkan agar tidak menolak pemuda yang memiliki sifat-sifat keimanan dan akhlak yang tinggi tetapi sederhana dalam harta. Tidak ada gunanya suami yang sangat kaya tetapi ia tidak memiliki rasa kemanusiaan.

3. Ketampanan dan Keindahan
Ketampanan dan keindahan merupakan dua hal yang dituntut dalam pernikahan. Keduanya memberikan pengaruh yang jelas pada generasi baru. Namun, perlu diingat, tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa laki-laki yang tampan secara fisik adalah suami yang ideal. Bahkan, tidak jarang seorang istri merasa stres gara-gara suaminya banyak yang mengagumi karena ketampanannya. Lain halnya dengan benda kurang bagus dan tidak 'bermodel' : cukup jarang peminatnya.

Lamaran yang Layak Diterima dan yang Harus Ditolak

Ketika seorang laki-laki mengajukan lamaran kepda seorang wanita, maka tanyakanlah pada laki-laki tersebut tentang tujuannya menikah. Lalu, tanyakan kepadanya mengapa ia melamar? Mintalah jawabannya dengan jujur : Tidak dibuat-buat! Apakah karena kecantikannya, status sosial, kekayaan ayahnya, atau ke-centilan-nya? Ataukah tujuannya adalah kekayaan ruhaniah dan spiritual, menginginkan kemuliaan dan kemanusiaan, atau ia tidak mempedulikan masalah-masalah ini?

Ayah dan kerabat lainnya harus dilibatkan dalam "mengkaji" keadaan pelamar dari seluruhnya aspeknya. Setelah itu, barulah ia dapat mengambil keputusan akhir yang harus benar-benar terhindar dari "sentimen rasa" dan subjektivitas.

Pelamar yang harus ditolak secara tegas oleh calon istri yang cerdas adalah pemuda yang lemah iman dan pencandu minuman keras. Harus ditolak pelamar yang tidak memiliki kepedulian, tidak bisa dipercaya, dan tidak mau bertanggung jawab. Harus ditolak juga pelamar yang seluruh wataknya bertolak belakang dengan watak dan akhlak wanita itu, yang memaksa untuk menerapkan pemikirannya, dan tidak membuka peluang untuk berdiskusi. Selanjutnya, pelamar yang boleh ditolak adalah yang memiliki perbedaan usia yang sangat jauh karena hal itu kadang-kadang menimbulkan masalah-masalah yang berpengaruh terhadap keturunan yang akan datang.

Monday, September 7, 2009

KENAPA AKU DIUJI???

aSSaLAMualAiKUm wbT~

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Monday, August 31, 2009

KAWAN DI AKHIR ZAMAN

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

Tuesday, August 25, 2009

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji
tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang
dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya
membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri
Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada
siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga
pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya
terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang
terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka
ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada
Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah
engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala
ketentuan-Nya."


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan
iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan
oleh Allah SWT.

Waalahu'Alam.

Friday, August 7, 2009

MuTiaRa KaTa IsLaM

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) 



Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih) 


"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad) 



"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)



"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)



Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)



"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)



"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)



"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)



"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)



"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Friday, July 31, 2009

kehidupan di uitm arau

bangun pagi gosok gigi pastu mandi..
dan sume sibuk bersiap untuk ke kelas..
itu la rutin harian mahasiswa uitm..setiap hari isnin, sume student mesti berpakaian formal...hahaha
sume nampak segak n bergaya...time tu jgk la nk tunjuk kasut baru dan baju baru...tp aku bukan la jenis yg mcm tu..aku nie jenis yg hidup bersrderhana je..hehehe...tiap2 pg korang bleh la tgk student uitm berjalan kaki memenuhi jalan..jgn terkejut ye..student kat cni mmg ramai...smpai kete pown terpaksa berhenti tuk beri laluan kat student..masa minggu mesra siswa, kami diajar lagu UITM DI HATIKU...masa 2 kami nyanyi dengan penuh semangat....

UiTM Di Hatiku

Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia



Tuesday, July 7, 2009

My SwEeT mEmOrY At MRSM PENGKALAN CHEPA....




dan sebenarnya...
dari form 1 sampai la form 3 aku telah menimba ilmu di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BACHOK...dgn rezeki yg ALLAH kurniakan dpt la aku menyambung palajaran di mrsm pengkalan chepa...selepas mendapat tawaran untuk ke mrsm, aku berasa teruja skali kerana di sana ramai student yg hebat2..walaubagaimana pown berat hati ku untuk meninggalkan SMK BACHOK... aku telah melangkahkan kaki ke mrsm pc dgn azam yg baru iaitu untuk berjaya DUNIA & AKHIRAT...



nie la pintu pagar mrsm pc







 





pejabat + perpustakaan + bilik guru...
tepi bangunan nie plak ada dewan..



blok akademik...
pagi: kelas mcm biasa
ptg n mlm: preparation class
kadang2 jd tempat tuk mengeratkan silaturrahim antara kami







tempat makan...sape x knl tmpat nie..nie tempat yg di panggil DEWAN SELERA...makanannye mmg best la..


nie plak koop...kak yg jaga koop nie mmg cantik...tp da berpunya..hahaha



permandangan dari tepi...asrama budak laki la nie...

mmg kemas la asrama nie..warden pown baik2 blake..



tinggal kenangan...
astaka yg terbakar akibat short circuit atau litar pintas...depan astaka nie la tiap2 pagi kami buat morning call....







mmg byk kenangan aku dgn skolah nie...

kalo nk tulis mmg x habis la...hahaha
disini jgk la kami berkongsi kegembiraan dan kesedihan..

AKTIVITI TAHUNAN: kejohanan ragbi di MRSM BALIK PULAU
lps menang maen ragbi kat mrsm balik pulau





say cheessss.

yg pakai spek tu la coach aku..






































                                                    DINNER DAN GRADUASI








 my friends




                   











                                                     

Monday, July 6, 2009

SeKApUR SiReH...

tidak salah kiranya kalo diriku diperkenalkan dulu ye...saje nk promote diri nie..hahaha
nama diberi ialah MOHAMAD IZZAT BIN AB.LLAH..berasal dari kelantan..mmg anak jati kelantan la nie..
tinggal di kampung badak, bachok kelantan...dekat je ngan pantai irama...kalo rasa bosan sgt bleh la g mandi laut..bessttt wooo...jgn jeles la ye..saje je nk gtaw..hehehe..umur aku masih muda...darah muda lg katakan..mcm2 aktiviti aku bleh buat..termasuk la memasak..(ye ker nie)...hentam sajalah..kalo nk kira hobi aku nie byk la jgk..tp hobi aku yg paling aku suka mesti la maen bola...kadang2 tu mengumpul setem..
makanan kegemaran aku ialah nasi kerabu dan suka minum ribena....baru luar biasa kata norlia ghani...warna kegemaran lak warna biru...bercita2 untuk menjadi engineer...insyaallah..orang yg paling aku sayang kat atas dunia nie mesti la famili aku...tanpa mereka hidup ku kosong la jawabnye...aku sgt menghormati kedua ibubapa ku..(abah & umi)...jgn sesekali derhaka kat kedua org tua kita ye...neraka la habuannya..
aku nie kalo nk dikatakan hensem tu xde la..tp sdp mata memandang(poyo giler)...tp ramai org cakap aku nie comel...hahaha...xtau la kalo diorg tipu...aku x kisah pown apa org nk cakap psl aku...aku just nk jd diri aku jer...aku paling benci org yg hipokrit n bermuka-muka...kalo aku dapat org 2 kompem aku bg tazkirah ckit..mmg ada bakat ustaz nie..hehehe
aku nie mmg suka berkawan ngan sape2 saje..x memilih katekan...ada sesetengah org tu, berkawan pown nk memilih...knape la busuk sgt hati 2...tuhan dah jadikan manusia tu sume sempurna..sO, kita kan dah ada akal sorang satu...tggu ape lg...fikir-fikirkan lah ye...tanpa kawan mesti sunyi kan..tp ada jgk kawan yg boleh merosak kan kita...berjaga-jaga la...jgn biarkan diri anda terjebak dalam kancah jenayah..ingat tu!!!
aku rasa da cukup untuk sekapur sireh nie..hehehe

Sunday, July 5, 2009

FIRsT day as blogger..haha

ini merupakan hari pertama aku dalam penulisan blog..masa blog nie nk dibuat, aku menerima byk kritikan daripada kawan2...ramai yg x puas ati..hahahaha..tp aku x kisah pown..untuk memenuhi hari ku bosan nie,jd aku tulis la blog nie...antara pengkritik bebas ialah AFHAM...hahaha..tp aku suke dgn kritikan beliau...first blog nie aku tulis dgn laptop ZAHIN..hahaha...biasa la..zahin kan ada broadband...tiap2 ari aku guna broadband dia...dia suruh bayar..tp aku bwat xtau jer..ader aku kesah!!!...hahaha..jgn marah yer EN.zahin..nnt len kali nk guna lg...hehehe...

aku tulis benda nie just untuk mengisi masa lapang coz xde klas...bosan plak kalo xde klas nih...huh..(blagak rajin la plak)..hahaha..tp aku mmg rajin pown...rajin tdow...hahaha